Kembali Merenung

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah sudah kembali sihat..beberapa minggu yang lepas diduga dengan pelbagai dugaan yang bukanlah tidak mampu ditempuhi tetapi memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk melawan. Disebalik dugaan yang diberikan tersimpul 1001 makna yang mendalam.

Bagaimana aku boleh sembuh?? jawapannya Allah lah yang menyembuhkan.

Yakin malah percaya akan kuasa serta ketentuanNya dan berusaha menemui redhaNya adalah asas penting dalam diri umat Islam.

Kesakitan itu tidak dapat diubati tanpa usaha dan keinginan untuk mengubatinya.

Walaupun usaha secara klinikal sudah diperolehi tetapi tidak lupa usaha ke arah memulihkan rohani juga penting. Maka ayat-ayat ruqyah dibaca sepertiga malamnya. Lalu memperbanyakkan bacaan kalam suci Al-Quran.

Tanpa sedikit usaha maka tiadalah apa-apa. 

0 comments: