Jika dikira waktu berputar, maka terasa seakan lama, walhal tanpa disedari kita dikejari. Doktor hanya mampu bertanya itu ini tapi penyelesaiannya??? Cairan merah yang terpancar disaat ia tiba sememangnya membimbangkan. Benarkah aku sedang diuji? Jika dikirakan dari segi fizikalnya kelihatan seperti biasa, tetapi dalamannya aku sendiri tidak pasti. Selepas beberapa kali perkara ini terjadi aku memberanikan diri mengorak langkah untuk persediaan nanti. Oleh sebab itu, aku hanya mampu kurus selalu kerana tidakku tahu harinya nanti. Bukan tujuan aku untuk membazir nikmat tapi tidak aku mahu menyukarkan pengurusanku nanti.
Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a , bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yang menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa-dosanya..
Ibn Mas’ud berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam y ang kuat!” Nabi menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yang disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”
Anas bin Malik meriwayatkan: Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Allah berfirman: Apabila Aku menguji hambaKu dengan dua perkara yang paling dicintainya (iaitu kedua-dua matanya; penglihatannya) dan ia menahannya dgn penuh kesabaran, Aku akan memberikannya Syurga sebagai ganjaran (atas kesabarannya itu)..”
Nabi Allah Yaaqub berkata: Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku adukan kesusahan dan kesedihanku.. (Yusuf: 86)
Anggaplah sakit dan kesakitan itu sebagai anugerah untuk menguji dan meningkatkan iman kita disamping meraih kemanisan iman. Bila rasa sakit, kita berusaha dan berikhtiar untuk melegakan rasa sakit dan berharap dengan izin Allah rasa sakit itu akan ringan dan hilang.
Berdoalah kepadaNYA:
"Ya Allah, jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku, maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan, maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan ubat)..dan ampunilah dosa-dosa hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa.."
P/S: feel something..that time will come by itself but for time being…I hope Allah SWT gives me some more time…bila tak diuji kita lupa Allah SWT tapi bila Allah SWT uji kita..baru kita nak ingat…please wait for a while,that time will come…and I accept what Allah SWT arranged for me…:)
2 comments:
Setiap yang berlaku
ada kebaikannya :)
uniknya cara ALLAH menunjukkan sayang, tak semua insan memahamiNYA kecuali insan yang dipandu hatinya dengan hidayah dan taufiq. Saat sakit dan diuji adalah saat y plg mcbr, diulit skt dan ujian, saat yang plg bernilai utk berMANJA dgn ALLAH. menelan perit utk mrasai halawah (kmanisan) redha rabb ^^.
Post a Comment