Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Situasi ini bukanlah satu jangkaan...tertautnya hati seseorang itu juga bukan kerana paksaan tapi ketentuan yang direncanakan oleh Yang Maha Merencana.
Hati terdetak bila melihat kali pertama tanpa diduga akan ketemu. Alangkah hebatnya ciptaan-Mu mencipta insan yang mampu mengusik hatiku tatkala aku tidak membenarkan ianya dicuit untuk kesekian tahunnya.
Bukan menawan yang menjadi ukuran, bukan hartawan yang disandarkan bukan jua yang berkedudukan cuma yang aku harapkan insan yang sepadan...
Sepadan...sepadan...sepadan...
Ya Allah adakah aku sepadan dengannya...
Ya Allah, apabila dirisik latar belakangnya....
hambu-Mu itu berketurunan orang baik-baik, mualim dan mualimah...
hamba-Mu itu berperwatakkan baik-baik, sopan dan penyayang...
hamba-Mu itu menjaga auratnya, menutup sekalian anggota badannya dengan baik..
Ya Allah, apabila aku muhasabahkan diri ini terasa perkataan sepadan itu jauh untukku...
Ya Allah maafkan aku ya Allah kerana tertaut hati pada insan ciptaanMu itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment