Kuala Lipis senyumanmu...lagu kuala lipis senyumanmu meninggal nostalgia yang tak ternilai bagi aku...aku teringat lagi gara-gara menyanyikan lagu ini aku terpaksa membuat kenduri air nescafe...hahaha...bagi aku kuala lipis ni dah macam rumah kedua aku dah...ramai dah umat manusia yang aku kenal kat lipis ni...aku berbangga kerana dapat sambung belajar disini...walaupun lipis ni tidaklah semegah Kuala Lumpur dan bandar-bandar maju yang lain tapi udara disini jauh lebih baik dari bandar-bandar yang maju...jangan main-main dengan Kuala Lipis ingat kat Putrajaya je ke yang ada Alamanda kat Lipis pun ada....
Ini dia Alamanda Kuala LipisAku sedikit kecewa dengan adik-adik junior aku tapi bukan semua la, yang aku kecewa pada mereka-mereka yang tidak mahu dan malas nak kembali ke tempat ini dan ada yang memperkecilkan tempat dimana mereka sedang sambung belajar ini...teruk sangat ke tempat sebegini sehingga ada yg tak mahu kembali...ish ish ish mungkin mereka telah banyak disogok dek kemajuan bandar-bandar maju ditempat mereka sehingga mereka lupa siapa diri mereka...mungkin mereka tidak pernah merasai lagi hidup dikawasan P3...bagi aku lipis adalah kota keriangan aku disinilah tempat yang mengamit seribu satu kenangan disinilah juga aku mula bertapak mencari ilmu...dan disini juga aku belajar tentang kehidupan...mungkin ada yang berasa malu untuk merindui LIPIS tapi tidak bagi aku...aku merinduimu Kuala Lipis...


2 comments:
sgt patriotik...
bdw, epy new year dude...
~daniel_adie 010110~
kalo tak suka tempat belajar camana la ilmu nk berkat,,,ilmu tu pun tak suka nak melekat kat kepala otak,tu yg baca tak masuk2,,,hahaha
Post a Comment