Aku Mulai Teruja...

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Dengarkan lagu Ini Disini
Guruku - Shoutul Amal

Aku benar-benar tercabar, rasa seperti hatiku sedang dirobek-robek oleh keterujaanku...aku akui hari ini bukan lagi seperti waktu dulu...apa akan terjadi padaku beberapa waktu lagi apabila bergelar 'cikgu'...aku akui bukan mudah untuk menjadi guru...aku juga akui belum layak untuk aku bergelar seorang guru...masih banyak perlu aku lalui dan pelajari...

>>>Guru dulu dan guru sekarang terlalu ketara perbezaannya...dahulunya guru dibenarkan oleh ibubapa untuk menghukum anak mereka yang melakukan kesalahan...dulunya guru dianggap sebagai ibubapa disekolah...dulunya guru dipandang mulia oleh masyarakat....
>>>kini guru dicerca, dimaki, diherdik, diugut, dipukul oleh ibubapa apabila cuba mendidik anak menjadi seorang insan...kini guru dianggap musuh utama oleh anak didiknya sendiri, guru juga menjadi bahan mainan anak didiknya sendiri...kini guru tidak lagi dihormati seperti dahulunya...

Aku berjanji pada diriku bahawa aku akan menjadi seorang guru..walaupun aku tahu cabarannya kelak,aku tidak akan pernah menyesal menjadi seorang guru apabila tiba waktunya nanti...JAGALAH KORANG!!!!!!!!

Video Pelajar Sepak Guru


link pautan untuk cerita yang lebih terperinci:
Cikgu dulu VS Cikgu Hari ini


1 comments:

'AQILAH said...

macm nak balas dendam jek..ahak