Seluar Singkat


Seluar Singkat = Seluar Pendek

Ada kawan perempuan aku dari UM bertanya aku, "Izwan aku nak tanya ni, kalau lelaki keluar pergi jalan-jalan pakai seluar pendek, agak-agaknya dia sembahyang tak???"

Macam mana aku nak cakap...ermm aku pun bagilah jawapan aku,"tak tahu la aku, tapi kalau dia bawa kain sarung mungkin dia solat la kot, kan selalu kita tengok budak keluar pergi pusat membeli-belah bawa beg, mungkin dalam beg itu ada kain sarung, mana la kita tahu"

Jawapan aku itu macam nak menyokong budak-budak lelaki yang pakai seluar pendek keluar merayau-rayau je..tapi sebenarnya bukan macam itu maksud aku, aku tidaklah mahu menuduh mereka yang berseluar pendek ini tidak bersolat, lebih baik berfikiran positifkan walau bercelaru juga aku nak bagi jawapan itu..

Tapi jika nak diikutkan pendapat peribadi aku, mereka yang berseluar pendek ini mungkin mementingkan keselesaan bagi mereka tapi dari segi agama tidak pula dipentingkan. Satu lagi mungkin pengaruh daripada fesyen-fesyen atau trend barat. Mungkin bagi mereka dengan berpakaian dengan begitu menampakkan mereka lebih menarik..."mungkin"..tapi itulah jika kita dah berseluar pendek keluar dikhalayak ramai sudah semestinya menampakkan aurat kita iaitu lutut..

kadang-kadang ada yang mengatakan mereka yang asalnya dari luar bandar mungkin berpindah atau belajar dibandar mengalami "culture shock" dengan persekitaran yang jauh berbeza. Malah ada yang mengatakan mereka ini lebih teruk dari orang bandar. Mengapa spekulasi ini terjadi???

p/s: ingat-mengingati adalah tanggungjawab kita sebagai insan yang mengaku Islam.

11 comments:

SaRa_wo Sensei said...

jgn menilai org dari luaran..
tapi luaran mencerminkan dalaman..
so..kalu org tue semayang mestila dia tau adab2 berpakaian..
apa y patut wat n apa y x patut dibuat..kalu semayang tapi main redah jerr..hurmmm
x tau lerr..

ellenyna said...

terpulang pada persepsi individu.
btw, elle tak pernah pun terfikir tentang aspek seluar pendek show yang dorg tak solat, mmg kita menilai seseorang dari pemakaian, itu mmg selalu, tapi tidak bagi elle.
bab solat ini payah nak cakap la kan?
mybe time dorg kuar tu, lepas dorg solat dah, dan dorg kuar pun tak lama, just to buy few things, then balik rumah before asar, haha :) who knows kan? so, never judge guys about that. adab berpakaian? urhh. smuanye tahu aurat lelaki dari pusat sampai lutut. so, kalau menepati syarat tu, okay aaaa. kalau pendek tu, sndiri sedarla yeh. :D

Adam Arjuna said...

hurm...
quite subjektif skit isu ni.
tp yg pasti tak leh melabel org dgn cara diorg berpakaian.

even pakai suar pendek pon tak semestinya tak leh sembahyang..
byk surau² or masjid² yg ada kat shopping² complex ada sediakan kain sarung utk dipakai... kan boleh je sembahyang tu..

senang citer, dont judge people by what he's wearing on... tak baik..

betul tak..

AlBinO said...

Islam itu dah menetapkan dengan jelas bahawa aurat bagi setiap lelaki adalah dari pusat sehingga ke lutut jadi apa lagi yang perlu dipersoalkan lagi...adakah kita sebagai seorang yang mengaku beriman mahu menolaknya...bersyukurkah kita???

Firman Allah SWT surah al-Ahzab:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

piNky LuCiA said...

hmm.. aurat kena jg.. itu je yang penting.. ;p

neiyZdiraf said...

x semestinyer kalo pkai sluar pdk 2 trk ke ape.. i2 luaran jew.. dlaman kite xtw..

yOunG LaDy said...

rambut sama hitam, tp hati laen2....
stiap org laen ragamnya...

AlBinO said...

xde pon aku kate pakai suar pendek teruk neiyZdiraf...aku taip tntg aurat bukan pakai suar pendek teruk perangainyer...cuba paham apa yg ditulis...ia bukan tentang pki suar pendek..tp tntg aurat...

"Arjunakirana" said...

ermmm.. balik kepada soalan awek tadi, kalau pasal solat, mengikut pengalaman la.. pada mereka yang pakai suar pendek ni ada juga yg solat, just masuk surau ada sediakan kain sarung dan pakai kain sarung terus solat, seluar pendek pun ada ketegori, yg melepasi lutut dan ada juga yg paras lutut, itu dosa dia dengan Allah kita x bolah cakap sesuatu tentang dia, nanti kita yg berdosa, ingat Allah akan sentiasa memaafkan jika mereka benar benar bertaubat. Akan tetapi jika kita berdosa kepada manusia contohnya mengumpat, kita akan memohon keampunan kepada tuan punya badan, jika tuan punya badan tak memaafkan kita berdosa Allah tidak akan dapat memaafkannya.. Wallahhualam.. yg baik dtg dr Allah yg tak baik dtg dari arjuna.. terima kasih :D

Albino said...

Qoute "Jawapan aku itu macam nak menyokong budak-budak lelaki yang pakai seluar pendek keluar merayau-rayau je..tapi sebenarnya bukan macam itu maksud aku, aku tidaklah mahu menuduh mereka yang berseluar pendek ini tidak bersolat, lebih baik berfikiran positifkan"
...xsalah klu nak pakai seluar ape pun janji kita tutuplah bahagian yg wajib ditutup...bg kwn sy yg menanya ni dia menggambarkan Short pants(seluar pendek)..yg saudara arjuna sebutkan td mungkin seluar three quarter pants...sy sendiri pun pakai..maksud kwn sy tersebut adalah seluar yg menampakkan aurat kaum lelaki..dia bertanya ttg itu merujuk kepada seseorang..bab2 dosa pahala itu bukan kerja kita..

"Arjunakirana" said...

betul2.. aku sokong... :D