
kalau aku ditanya
siapakah rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah
dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran
wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri
wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI
oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi
wanita solehah
lebih dari bidadari
menyimpan diri
hanya untuk ILLAHI
ALLAH…
apakah KAU Dengar suara hati ini?
menangis sepi merembes di hati
wanita solehah
apakah dalam gapaian diri?
wanita solehah
aprisiasiku
aprisiasi yang tertinggi
by…
Laksmana Angkasa
3 comments:
org kata:
wanita solehah dicipta untuk lelaki yang soleh....
Dalam surah al-Nur ada menyatakan janji Allah tentang perkara ini "Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik"
jd sara,jgn stnd pd kata org..
maksudnya kita disuruh mensolehkan atau mensolehahkan diri, walaupun sukar nk mencapai darjat itu tp sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu.
pernah dengar cerita Asiah dan suaminya firaun yang zalim..takdir yang telah ditetapkan Allah bahwa Firaun beristerikan Asiah yang sabar dlm memelihara ajrn Islamnya. jgn sesekali menyesali takdir hidup jika kita ditakdirkan sebegitu kerana Allah mungkin sengaja mentakdirkan begitu supaya DIA punyai sebab utk melimpahkan pahala sabar.
Post a Comment