Apa yang kita tahu tentang Ramadan


Adakah kita berpuasa ini hanya sekadar tradisi dibulan Ramadan..
disebabkan orang lain berpuasa kita pun berpuasa...
Adakah kita berpuasa ini untuk mendapatkan sesuatu yang berbentuk material seperti baju baru, seluar baru, kasut baru, duit raya, main mercun dll...
Atau kita berpuasa ini adalah ibadah kita terhadap Allah SWT...
Bulan Ramadan bulan untuk mensucikan roh kita...

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu; mudah-mudahan kamu bertaqwa."

Ayat ini memberikan penjelasan bahawa Allah mewajibkan puasa pada bulan Ramadan supaya lahirnya perasaan takwa dalam jiwa hamba-hamba-Nya. Kalau difikirkan tidak nampak sangat pun kaitan puasa, melaparkan perut dengan perasaan takwa.

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi mereka hanya mendapat lapar dan dahaga dan berapa ramai yang berjaga malam tetapi mereka hanya mendapat keletihan berjaga malam."

Jadi, apa yang akan menyebabkan umat Muhammad meraih pangkat takwa dengan berpuasa? Rahsianya terletak pada penghayatan puasa itu sendiri. Andai kata puasa dapat menjadi pemangkin kepada kita untuk merebut melakukan amal ibadat dengan ikhlas dan istiqamah, insya-Allah kita akan dapat merasakan kemanisan takwa itu sendiri. Sekiranya puasa kita tidak mencegah daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah, maka benarlah sabda Rasulullah bahawa kita akan mendapat lapar dan dahaga sahaja..

5 comments:

Wan Nur Hanisah A.Halim said...

alhamdulillah..
benar kata2 tuan hamba itu..
smoga kita b'sama2 beroleh keberkatan ramadhan kali ini dan smoga ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya..amin~

PengemisRedha(N.A.Y) said...

betul.
takut kita bpuasa penat2 tp tak dapat apa2 pn..skdr dpt penat dn lapar..

insyaAllah sentiasalah betulkan niat

phalla said...

Hello your site is great, I am happy to be here with friends here, could you exchange my link?
I hope you could put my site in to your blog list and
I will do the same,,
here is my site

http://khmerlovenews.blogspot.com/

Cheer

LLC said...

Hello! Do you want to download movie, game or beautiful girls pls visit

http://llc-movies.blogspot.com
http://sexylady-asian.blogspot.com
http://llc-freegame.blogspot.com
http://over18movie.blogspot.com
Thanks!!!

chipsmore said...

selamat berpuasa...

btw, i folo u k ;)