
Biar aku terbang adalah tajuk catan ni..aliran semi abstrak..media yang digunakan adalah media campuran iaitu akrilik, water colour dan soft pastel. Bertemakan flora fauna dan geometri..bermotifkan burung yang sedang melebarkan sayapnya secara terbalik, ada sebab aku tonjolkan motif catan tu secara terbalik, aku nak tunjukkan hasrat aku yang ingin terbang tinggi dengan cara aku sendiri, terbalik itu bermaksud lain dari yang lain, seperti jugak fikiran, berfikir lain dari orang lain berfikir bukan seperti biasa tapi luarbiasa. Aku mahukan yang luarbiasa kerana yang biasa memang mudah kita perolehi dan aku juga tidak mahu terikat dengan peraturan yang dicipta manusia ini. Background tu bukan sengaja dibuat-buat macam tu, ada makna jugak ia menunjukkan pelbagai rintangan dugaan liku-liku dan nafsu dalam diri aku..oleh kerana itula burung tu aku lebarkan sayapnya supaya ia menggambarkan aku sedang terbang dengan langkah dan cara yang luarbiasa iaitu terbalik dan dengan cara itu aku akan dapat melihat apa yang ada dibawah aku dengan pandangan yang berbeza dan dimana aku sendiri akan memilih kemana arah tuju untuk mendarat dan menetap. Biar aku terbang menjadi tajuk kerana aku ingin terbang tanpa ada gangguan kekacauan dan bantahan. Aku juga ingin terbang dengan tenang tanpa menghiraukan apa yang akan mengganggu aku untuk pergi lebih jauh dan tinggi.
4 comments:
seni... seni...seni..penuh dengan makna tersirat..:)
cita-cita yang sbg tinggi along..
fly high as u want it...
tapi hati-hati tau along...
takut berlaku eksident di udara..
hahaha..mana la tau,
tgh2 dok syiokk terbang..
tiba-tiba..
kapal terbng lalu...
kang eksiden lak...
patah sayap tue..
bila patah sayap..
nnt hasrat n keinginn sumer tak leh nak dicapai...
ehehehe..
baik-baik terbang ea..
angkasa bukan seperti bumi. :-)
aisehhhhh...what a crazy!
terbang jgn terbang....
flying without wings..ouuuhhhh...hik3
Post a Comment