Kali ni aku nak ceritakan sebuah kisah tentang satu wilayah yg agak asing bagi korang tp bukan asing bagi aku...Wilayah ini amat dahsyat amat luas kawasannya meliputi angkasaraya dan angkasapuri...pada mulanya wilayah ini dibahagikan kepada 19 daerah..kini tinggal 18 daerah saja kerana daerah yang satu lagi ini telah diletupkan dengan bom yg sama di Hiroshima dan Nagasaki...18 daerah ini dikuasai oleh seorang Maharaja Cakerawala yg sudah tua dan beberapa pembantu yang agak tua juga...18 daerah ini diperintah sekian lamanya...setiap daerah mempunyai keistimewaan yg tersendiri dan kekurangannya sendiri...dan setiap daerah ini mempunyai menteri2 yang luarbiasa bijaksananya...11 darinya diterajui oleh pahlawan belaka..7 darinya pula digenggami oleh wirawati yg xkurang anggun pesona...Aku akan menceritakan tentang keperkasaan menteri2 7 daerah...kerana jika aku menceritakan mengenai menteri2 11 daerah mungkin aku akan keletihan menaip aksara2 hitam bercalit putih ini...

Beliau merupakan seorang Menteri yang begitu terkenal dikalangan siaraya, beliau begitu taksub dengan bahasa beliau..seorang anak kecil yang dahulunya disusukan oleh ibunya...kini dia mampu berjalan dan berlari dengan megahnya seiring dengan pelari pecut dunia...beliau mengorak langkah demi langkah dan sekarang menerajui daerah..beliau cukup sinonim dengan perkataan 'sengal'nya...seorang yg tegas dan berkeyakinan tinggi dalam pengucapannya..digilai oleh rakyat jelata kerana kepetahannya bertutur dalam Bahasa Malaysia...Pernah dinobatkan sebagai ratu paling seksi diseluruh wilayah..wajah yang manis dan berkulit kuning langsat ini diberi gelaran MISs...walaupun sudah pernah berumahtangga, beliau tetap digelar Miss...itulah serba sedikit mengenai Menteri ini...

Menteri seterusnya sukar diduga..kerana darah yang mengalir dalam dirinya adalah darah manusia, bukan darah dracula...beliau cukup cukup dan cukup tersohor kerana kakinya dilengkapkan dengan sepasang sayap yang mampu membuatkan beliau berlari seperti angin monsun tropika..seorang anak kecil yg dahulunya agak kecil saiznya dan sekarang masih lagi kecil..beliau begitu sinonim dengan 'tomato' boleh kita lihat pada paras wajahnya seakan-akan bentuk tomato sudah...mempunyai suara berkuasa 99 petala langit mampu menumbangkan beberapa ekor naga tasik chini dengan kenyaringan berfrekuensi 999 ghz...beliau pernah beberapa kali dinobatkan sebagai ratu yg mempunyai bibir paling seksi diWilayah...Menteri yg takut akan rama-rama ini diberi gelaran Wan Chik, gelaran ini diberi kerana beliau adalah yg paling muda atau keCHIK diantara menteri2 yg lain...beliau juga digelar Esah kerana belum lagi diSAHkan kewarganEgaraannya...

Beliau merupakan menteri yang mempunyai penglihatan setajam burung kasawari kerana mempunyai 4 mata yg sungguh seksi hehehe...beliau begitu taksub dengan urusan urus niaga sehinggakan tiada masa utk mendirikan rumah bertangga...otak beliau disendalkan dengan batu-batuan geliga yg membolehkan beliau melihat alam kanak2 yg begitu hebat sekali...seorang yg banyak menyumbangkan idea-idea yg percus dalam pembentukan Wilayah...seorang anak kecil yg dahulunya agak slimnya dan kini masih lagi slimriver(hehehehe)...seorang yg cekap dan rajin dalam pengurusan rumah xde tangga ini mampu mengerakkan mulutnya utk memacu perniagaannya kepersada Wilayah....Seorang menteri yg dermawan ini telah menyumbangkan beberapa ekor burung utk dikorban sempena hari raya Qurban tetapi meletakkan beberapa syarat utk mendapatkan korban tersebut(giveaway)...Menteri yg memiliki wajah pesona zulaikha ini digelar Suha kerana beliau selalu SUka HAti dalam urusan niaganya...heehehe

Menteri seterusnya yg memiliki paras rupa seakan Angelina Juling ini begitu terkenal dengan sifat peramah dan penggodanya sehingga mampu mencairkan salji dikutub utara...seorang anak kecil yang dahulunya tido dibawah ketiak ibunya kini mampu tido dibawah ketiaknya sendiri...beliau cukup sinonim dengan golongan Jawa...cukup tersohor dengan fesyen-fesyen pemakaian beliau yg begitu menawan hati yg memandang...Seorang menteri yang berpengalaman dalam dunia perniagaan ini mampu menggegar dunia apabila menakluki takhta ratu yang paling menggoda sebanyak beberapa kali secara maraton..seorang yg berani berkata-kata,seorang yg berani mencuba, seorang yg praktikal...wajah yg berkarenah ini digelar Biha kerana mmg itu nama yg mahu dipanggilnya...hehehe

Beliau merupakan seorang menteri memiliki wajah pesona ala2 Juhi Chawla ini merupakan seorang yang sensitif dengan isu semasa sehinggakan beliau tidak ada masa untuk membuka perniagaan seperti menteri-menteri yg lain..anak kecil ini dahulunya disuap oleh ibunya apabila mahu makan tetapi kini beliau sudah mampu menyuapkan orang lain utk makan...seorang menteri yang mempunyai idea-idea yang mampu menggugurkan kandungan 7 bulan...beliau yang berkulit hitam manis ini digelar ima kerana itu sudah memang nama depannya...

Seorang menteri yang terkenal dengan senyuman yang manis ini merupakan seorang yang pendiam dan rock dan cool dan.. dan ape ye...dan lain-lain...oleh kerana sifat pendiamnya dan wajah yg rilek membuatkan seorang menteri dari 11 daerah mengaguminya iaitu Razis bukan nama sebenar..anak kecil yg dahulunya pergi ke tandas ditemani ibunya kini mampu menemani ibunya pula ke tandas...berjaya memenangi gelaran 'senyuman paling manis' diWilayah sebanyak berkali-kalidashan...pemilik wajah yg digelar Kak Sue kerana...aduhhh aku pun xphm nape la pggl dia kak su...hohoho

Seterusnya Menteri yang ditunggu-tunggu utk aku bercerita serba sedikit tentang dirinya.. memilik susuk tubuk yg agak rendang ini sungguh comel dilihat...menteri yg sebelum ini pernah berkerja sebagai akauntan Wilayah dan pembaca berita bagi Wilayah ini amat digeruni kerana kebrutalannya...seorang yang berdedikasi dan tidak mengambil berat tentang berat badannya ini telah dianugerahkan trofi menteri paling kaya dalam Wilayah kerana mempunyai aset kekayaan yang menakjubkan dimana beliau telah mengembara diseluruh pelusuk wilayah bersama temannya dengan gayanya...anak kecil yang dahulunya diajar mengaji kini mengajar rakyat jelatanya mengaji...seorang yang dikagumi kerana keikhlasannya dalam berbicara dan kesopanannya...pemilik wajah ini bernama Saadah...hehehe
p/s...hehehe jgn amik hati ek geng...wa gurau2 je la...yg mana terlebih tu mintak halalla yang mana terkurang tu kira cincaila...wa xtarak taw tgn wa ni yg menekan-nekan aksara hitam bercalit putih ni dengan rakusnya menulis bende mukan2 tentng korang....utk sonok2 korang baca jer...